ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
Setiap individu mesti mempunyai harta walaupun satu akaun bank. Hari ini kebanyakan individu yang bekerja mempunyai harta seperti rumah, tanah, bangunan, pelaburan, simpanan, kenderaan atau pun saham syarikat. Namun apa yang akan berlaku jika berlaku suatu kematian, segala harta yang bernama dan bergeran akan dibekukan sehingga proses pengurusan harta selesai
Perwarisan di dalam perniagaan biasanya sangat rumit jika tidak ada sebarang persetujuan atau perancangan tentang siapakah waris yang akan mentadbir syarikat. Namun begitu, kehadiran waris yang tiada pengalaman akan menyusahkan pengarah syarikat yang lain. Sudah tentu ada satu cara “EXIT PLAN” yang memudahkan urusan peralihan kuasa mentadbir dalam masa yang sama bahagian pusaka saham syarikat milik arwah dapat diberikan kepada semua waris dengan seadilnya.
Lebih kurang 80 Billion harta umat islam masih terbeku sehingga hari ini disebabkan beberapa masalah yang tidak selesai. Kenapa perkara ini boleh terjadi. Adakah disebabkan waris tiada wang untuk menguruskan harta, waris tidak dijumpai, waris melambatkan urusan pentadbiran harta, waris yang sudah berlapis merumitkan lagi keadaan, tiada persepakatan dalam memilih pentadbir dan banyak lagi isu yang melambatkan lagi urusan pentadbiran harta ini. Adakah kita semua mahu perkara ini terjadi pada kita. Ilmu faraid dan pengurusan harta pusaka ini semakin dilupakan menyebabkan banyak waris yang termakan harta batil. Segeralah membuat perancangan dan melantik pakar dalam memudahkan urusan waris tanpa meninggalkan harta yang memudaratkan di kemudian hari.
Wasiat ertinya “iqrar” seseorang yang dibuat pada ketika hidup terhadap hartanya untuk dilaksanakan selepas kematian berdasarkan hukum syarak/undang-undang
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ
Al-Baqarah (2: 180)
Wasiat Yang Ma'ruf = Pesanan Yang Menepati 'Uruf
1. Wasiat bermaksud "Pesanan"
2 (a). 'Uruf bermaksud "Kebaikan".
2 (b).'Uruf juga bermaksud
"Norma / Kebiasaan / Adat Tempatan Sesuatu Kawasan Itu".
Meninggalkan Wasiat Yang Ma'ruf Untuk Kita =
Meninggalkan Pesanan yang "Baik" dan "Menepati Proses Urus Pusaka Di Malaysia".
===========================================================
Di Malaysia, 'Uruf Pengurusan Pusaka tertakluk kepada Gabungan:
Undang-Undang Sivil (Akta Probet)
+
Undang-Undang Syariah (Sistem Faraid).
Gabungan Akta Probet + Sistem Faraid ini adalah penting dan bertujuan untuk memastikan bahawa tiada Waris yang ditipu, ditindas atau diambil kesempatan oleh Waris lain.
Walaubagaimanapun, Gabungan ini menjadikan Proses Urus Pusaka di Malaysia menjadi rumit dah leceh.
Kesan utamanya, nilai aset Umat Islam yang tidak selesai diurus dan kekal beku meningkat tiap tahun daripada RM 40 Bilion (direkod pada 2009) hingga menjadi RM 60 Bilion (direkod pada 2013).
Sekarang ini, jumlah itu dianggarkan telah meningkat menjadi RM 80 Bilion (2020).
Punca Utama ini berlaku adalah disebabkan kebanyakan Umat Islam tidak meninggalkan sebarang Dokumen Pewarisan untuk Waris mereka.
Ataupun, jika ada sekalipun, Dokumen Pewarisan mereka itu tidak sah di sisi Gabungan Undang-Undang Sivil + Undang-Undang Syariah.
Dokumen Pewarisan yang betul akan melancarkan dan memudahkan Proses Urus Pusaka.
Menepati Ayat Al-Baqarah (2: 180) di atas, Meninggalkan Pesanan Yang Menepati 'Uruf Adalah Kewajipan Kita Semua, Tanda Kita Bertaqwa.
WASIAT YANG 'URUF:
1. Isi Kandungannya adalah Baik
2. Cara Dokumentasinya adalah Menepati
Undang-Undang Malaysia Berkaitan Pewarisan
Kebaikan Berwasiat:
Siapakah yang boleh berwasiat:
Berumur 18 tahun dan ke atas
Copyright © 2021 KHIDMAT URUS PUSAKA & TAKAFUL - All Rights Reserved.
Powered by faisalamri.info
Ketahui cara yang betul bagaimana membuat dokumen perwarisan serta urus pusaka